Anak lelaki terkilan, Persiapan dan siap hanya tunggu hari saja. Luahan Didi Alias undang sebak
Anak lelaki terkilan, Persiapan dan siap hanya tunggu hari saja. Luahan Didi Alias undang sebak
ANAK lelaki Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial terkilan apabila bapanya tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada 20 Mei ini di Tawau, Sabah. Ibunya, Didie Alias berkata, Dhanial, 29, sudah pun membeli tiket penerbangan untuk ke
Tawau selain menyediakan sepasang baju Melayu untuk dipakai arwah ketika majlis itu nanti.
“Anak saya yang kedua paling terkilan sebab arwah tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Dia dah siap beli tiket dan baju untuk Ridzuan. Didie sebak kongsi kisah bersama arwah. “Ketika Dhanial dimaklumkan berita pemergian bapanya, dia meraung dengan sangat kuat. “Tapi saya beritahu dia untuk kuat. Dia anak yang soleh… Dhanial yang menjaga bapanya di hospital ketika dia sakit, katanya kepada mStar.
Ridzuan, 62, yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis meninggal dunia akibat sakit jantung. Allahyarham sebelum itu rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam pada itu, Didie, 52, memberitahu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu pada hari raya lalu apabila mereka berkumpul di sebuah vila di Melaka selepas arwah meluahkan hasrat untuk meraikan Aidilfitri di rumah adik-beradiknya.
Kata Didie, sejak bercerai 21 tahun lalu mereka jarang bertemu namun sejak tiga tahun kebelakangan ini mereka kerap berhubung selain silaturahim kembali erat. “Hari raya hari itu kami ada berjumpa sebab dia tak sihat, saya minta anak-anak tengokkan arwah. “Kami pun memang sudah lama tidak berjumpa, lebih 20 tahun tapi dalam dua tiga tahun kebelakangan ini Allah gabungkan kami semua sebelum dia pergi,” ujarnya.
Walaupun pemergiannya secara mengejut, Didie meluahkan rasa syukur apabila semua anak-anakya sempat berbakti kepada bapa mereka. Arwah bersama tiga anak perempuannya. “Dapatlah anak-anak saya jaga dia. Alhamdulillah, kelima-lima mereka dapat menjaganya termasuk anak saya bersama suami sekarang yang member sepenuh kasih sayang buatnya.
“Saya reda dengan pemergian dia kerana saya tahu dia tidak mahu menyusahkan anak-anakya. Dia tahu anak-anak dia ada tanggungjawab masing-masing. “Saya maafkan dia, saya tak pernah berkecil hati dengannya. Saya halalkan semanya,” ujarnya.
Sumber : mstar
Post a Comment for "Anak lelaki terkilan, Persiapan dan siap hanya tunggu hari saja. Luahan Didi Alias undang sebak"