Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Tahniah Ira, dah kahwin dengan Syamsul. Lepas ni jangan harap panggil saya Ibu Mertua!!" - Ibu Syamsul Yusof

"Tahniah Ira, dah kahwin dengan Syamsul. Lepas ni jangan harap panggil saya Ibu Mertua!!" - Ibu Syamsul Yusof



Kuala Lumpur: "Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka ," luah ibu Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail. "Tahniah Ira Kazar. Tapi jangan harap panggil saya Ibu Mertua!!".


Fatimah memuat naik kenyataan itu di Instagram sekali gus membayangkan rasa tidak puas hati membabitkan konflik rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana.


Menerusi hantarannya di Insta Story dengan swafoto dirinya itu, Fatimah turut memuat naik foto Syamsul dan Sarah bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang dipercayai berusia beberapa bulan ketika itu.


Perkongsian Fatimah itu seolah-olah meluahkan perasaannya yang tidak merestui jika anaknya itu benar-benar sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.


Terdahulu Syamsul memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai rumah tangganya dengan Sarah dalam masa terdekat.


Menurut Syamsul, sudah tiba masanya dia bersuara mengenai perkara itu kerana dirinya sudah penat dengan konflik yang melanda rumah tangganya itu.


Terdahulu, kemelut rumah tangga Syamsul, 38, dan Sarah, 37, memasuki episod baharu apabila ada pihak mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.


Ira dikatakan menjadi 'orang ketiga' dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah lama tidak tinggal sebumbung.


Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.


Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Post a Comment for ""Tahniah Ira, dah kahwin dengan Syamsul. Lepas ni jangan harap panggil saya Ibu Mertua!!" - Ibu Syamsul Yusof"