Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Berkahwinlah Kamu Untuk Elak Maksiat, Itulah Yang Saya Buat” – Syamsul Yusof

“Berkahwinlah Kamu Untuk Elak Maksiat, Itulah Yang Saya Buat” – Syamsul Yusof

Susulan perkongsian Puteri Sarah yang mahu suaminya, Syamsul Yusof melepaskannya, pengarah terkenal itu pula memuat naik video menjelaskan mengapa dia menyekat isterinya.

Syamsul berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan serta mengelakkan daripada bergaduh. Malah, Syamsul turut meminta Sarah pulang ke rumah untuk berbincang mengenai soal mereka.

Menerusi video dikongsikannya itu, Syamsul turut mengakui kesilapannya serta mahu memperbaiki diri. Syamsul turut meminta isterinya menghentikan semuanya serta balik untuk berbincang.

“Puteri Sarah ku, awak ajak saya berpisah, baik tak apa jika ini yang awak mahukan. Tapi kita berbincang di rumah, antara saya dan awak dari hati ke hati.. Tak perlu melibatkan orang lain.

“Saya seorang yang tidak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak, wahai Puteri Sarah, bagaimana?

“Hentikan Puteri Sarah. Okay saya salah, atau awak tak salah… Kita balik bincang di rumah. Apa saja isu, lebih baik bincang di rumah saja. Saya tak sempurna. Saya cuba untuk perbaiki,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut berkata keputusannya untuk berkahwin dengan Ira Kazar adalah untuk mengelakkan maksiat serta menurut perintah Allah serta meminta mendoakan yang terbaik.

“Saya hanya nak dengar apa yang Allah suruh. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan maksiat. Itulah yang saya buat. Biarpun macam-macam saya dilabel, ada yang kata saya munafik, bapa syaitan dan sebagainya.

“Rasanya masyarakat lebih rela tengok kita buat maksiat daripada ikut hukum Allah. Renung-renungkan. Doakan yang terbaik. Cukup-cukuplah. Kalau nak kutuk sekali pun, hinalah saya.

“Saya yang buat keputusan nak berkahwin. Saya ikut hukum, bukan ikut apa yang makcik-makcik luar katakan. Saya yang bertanggungjawab atas semua,” katanya.

Post a Comment for "“Berkahwinlah Kamu Untuk Elak Maksiat, Itulah Yang Saya Buat” – Syamsul Yusof"