Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Dia mahu cuba bercakap, tapi….” – Hanya ibunya sahaja yg faham, tak sangka ini permintaan Nad buat ramai sebak

Dia mahu cuba bercakap, tapi….” – Hanya ibunya sahaja yg faham, tak sangka ini permintaan Nad buat ramai sebak


Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.


“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..”


Menurut Ungku, Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bibir untuk bercakap, namun masih tidak dapat difahami butir kata yang diucap olehnya.


“Dia adalah seperti semalam, cuma makin celik, mata laloknya semakin berkurangan. Alhamdulillah.


Ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi sudah tentu nampak bibir je gerak dan tak faham. Maka selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa tu. Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anak dia,Yem.”-Kongsi Ungku Ismail



Perlu Rehat Yang Cukup


Tambahnya lagi, pihak doktor masih mahu Nad Zainal mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatannya terjejas.


“Doktor mahukan dia berehat sepenuhnya, jika dia stress dan struggle banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatan dia, dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.”-Tambahnya lagi


Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan yang cepat..


Sumber : Murai

Post a Comment for ""Dia mahu cuba bercakap, tapi….” – Hanya ibunya sahaja yg faham, tak sangka ini permintaan Nad buat ramai sebak"