Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Di Usia 31 Arwah Belum Kahwin, Jaga Ibu Selepas Bapa Tiada - Keluarga Mangsa Tanah Runtuh

Di Usia 31 Arwah Belum Kahwin, Jaga Ibu Selepas Bapa Tiada - Keluarga Mangsa Tanah Runtuh 



KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor, Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, selamat dikebumikan, malam ini.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, di sini, kira-kira jam 10 malam.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anak sulungnya itu, kelmarin.


"Kali terakhir kami berjumpa pada Rabu iaitu sebelum dia pergi berkhemah. Dia cakap, nak ikut rombongan sekolah kerana ingin menemani dua anak majikannya.


"Kiranya mereka bertiga tidur satu khemah, sementara bapa dua kanak-kanak itu yang juga guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong itu di khemah lain.


"Saya cuba menghubunginya kira-kira jam 10 malam Khamis lalu, tetapi gagal kerana liputan telekomunikasi kurang elok.


"Namun, dia menghubungi saya semula. Kami bercakap mengenai tiket bas untuk balik kampung di Gua Musang, Kelantan yang dijadual semalam.


"Kiranya, itu kali terakhir kami bercakap. Tidak jangka pula, hari yang sepatutnya kami pulang kampung adalah hari dia pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini, malam ini.


Katanya, Allahyarham yang mesra disapa Wani itu pasti merancang pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah.


"Walaupun kami sekeluarga sudah tinggal di sini, dia tetap nak balik melawat keluarga di sana. Lagi pula cuti sekolah tiga minggu," katanya.

Ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mendengar bacaan talkin pada pengebumian Allahyarham Nurul Azwani di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, malam ini. - Foto BERNAMA
Ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mendengar bacaan talkin pada pengebumian Allahyarham Nurul Azwani di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, malam ini. - Foto BERNAMA


Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, selepas selesai proses pengecaman kira-kira jam 7 malam.


Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5, di sini, untuk disembahyangkan.


Allahyarham yang juga pekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong itu antara 24 korban insiden berkenaan, yang dikenal pasti berdasarkan kenyataan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.


SaIah se0rang mngsa tnah runtuh, Nurul Azwani Kamarulzaman menjadi perhatian netizen hari ini yang simp4ti terhadap tragedi di tapak perkhemahan di Father’s 0rganic Farm, Batang Kali, semalam.


Menurut lap0ran Harian Metro, sepupu mngsa Nor Azman Mat Zain berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sek0lah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Ch0ong mengikut rombongan itu sejak Rabu lalu.


“Sepatutnya dia membawa ibunya puIang ke kampung untuk berjumpa keluarga sebab cuti sek0lah semalam, namun sudah ajaInya.


“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti romb0ngan perkhemahan sek0lah itu. Dia bekerja di kantin sek0lah berkenaan.


“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semaIam,” kata lelaki berusia 48 tahun itu.


Bercerita lanjut, ahli keIuarganya mendapat tahu tentang kejdian tersebut melalui lap0ran berita sebelum segera ke beberapa h0spital bagi mengetahui keadaan terkini Allahyarham yang berusia 31 tahun itu.


“Pada mulanya kami ke H0spital Selayang, tetapi tiada nama. Kemudian datang sini (H0spital Sungai Buloh) pun tak ada.


“Namun, selepas mendapat maklumat mngsa yang mninggaI dunia dibawa ke sini, saya bergegas semula ke sini sejak semalam.


“Mak arwh dan keluarga lain pula baru datang petang tadi,” ujarnya.


Nor Azman berkata, kali terakhir mereka bertemu adaIah pada Rabu lalu selain menyatakan bahawa arwh yang belum berkahwin merupakan individu menjaga ibunya selepas kem4.tian bapa.


Tambahnya, Allahyarham mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keIuarga dan juga se0rang yang periang.


“Arwh ada tiga beradik, dia anak sulung. Adiknya sudah berkahwin. Arwh periang dan sederhana saja 0rangnya. Dia pun tidak ada masalah dengan orang lain,” kongsinya.


Jn4zah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk di sembahyang kan sebelum dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebaik semuanya selesai.


Sumber: Harian Metro (Sudirman

Post a Comment for "Di Usia 31 Arwah Belum Kahwin, Jaga Ibu Selepas Bapa Tiada - Keluarga Mangsa Tanah Runtuh"