Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tahniah! Anwar Ibrahim Rasmi Menjadi Perdana Menteri Ke-10

Tahniah! Anwar Ibrahim Rasmi Menjadi Perdana Menteri Ke-10



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.


Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.




"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.


"Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.


Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada PRU15, Sabtu lalu.


"Perbicangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-RajA Melayu untuk membolehkah baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.


"Proses di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan," katanya.

Post a Comment for "Tahniah! Anwar Ibrahim Rasmi Menjadi Perdana Menteri Ke-10"