Ismail Sabri sedia dipecat! Tak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan
Ismail Sabri sedia dipecat! Tak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan, beliau tidak akan sesekali melakukan kerjasama dengan parti Pakatan Harapan malah, lebih rela dipecat oleh partinya sendiri.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh anak perempuannya, Nina Sabrina menerusi IG storynya yang mendedahkan perbualan antara pemimpin UMNO di dalam sebuah ‘group’ WhatsApp.
“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” ujarnya ringkas
Bukan itu sahaja, selain Datuk Seri Ismail Sabri, ramai lagi ahli Barisan Nasional yang lain tidak mahu melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan seperti Bendahari BN, Hishammuddin Hussein.
Malah, ramai turut mendesak dan berharap supaya Presiden UMNO tersebut meletakkan jawatan untuk mereka dapat menggembalikan kepercayaan rakyat Malaysia.
Sekadar info, Datuk Seri Ismail Sabri telah meluangkan masa hampir sejam setengah di Istana Negara dimana tiba pada jam 2.50 petang, sebelum keluar mengikut pintu sama jam 4.15 petang.
Sumber: Instagram @ninaismailsabri
Post a Comment for "Ismail Sabri sedia dipecat! Tak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan"