Baby Syifaa terjerut atau dijerut? Fakta terbaharu akhirnya terdedah!
Baby Syifaa terjerut atau dijerut? Fakta terbaharu akhirnya terdedah!
Pakar Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Hanif Mahmud tetap dengan pendirian bahawa punca kematian bayi itu adalah disebabkan tekanan pada leher.
Dr Hanif yang merupakan saksi ke-18 berkata, tekanan di leher itu berdasarkan kesan luka di leher bayi tersebut yang melanjur naik tanpa ada sebarang tekanan atau kecederaan dalaman pada tubuh mangsa.
Terdapat 12 kecederaan luaran antaranya luka melecet di leher, pergelangan kaki kiri, ibu jari kanan serta kuku jari kaki kelima separa tertanggal.
Mahkamah menetapkan prosiding inkues bersambung pada 8, 21 dan 22 Mac tahun depan.
Februari lalu, Baby Syifaa, 15 bulan, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan.
Bapa mangsa, Yuseri Yusoff (foto pertama, tiga dari kanan) mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian.
Sumber: Utusan Online
Post a Comment for "Baby Syifaa terjerut atau dijerut? Fakta terbaharu akhirnya terdedah!"